Powered by Blogger.
RSS

Perkhidmatan Rundingcara Usahawan Produk Makanan


Perhatian kepada semua usahawan-usahawan produk makanan dan minuman di luar sana.

Mahu menjadi usahawan berjaya?



Adakah anda menghadapi masalah dengan produk anda seperti kordial, air minuman, kerepek, tepung kuih segera dan sebagainya? Mahu meningkatkan kualiti produk anda? Produk anda tidak tahan lama? Mencari jalan untuk memanjangkan jangkahayat produk? Warna produk pudar selepas beberapa lama? Warna produk tidak menarik?



Atau,  anda teringin untuk menukar cara pembungkusan produk tetapi tidak tahu material apa yang sesuai? Mahu produk kelihatan lebih menarik supaya boleh bersaing dengan produk-produk lain di atas rak-rak di pasaraya?



Atau adakah anda mahu membawa perusahaan anda ke peringkat seterusnya? Jika anda sedang melakukan perusahaan anda secara kecil-kecilan dan bercita-cita untuk membuka kilang anda sendiri atau mengeksport produk anda ke luar negara, TAHNIAH kerana anda berada di tempat yang tepat!



Perkhidmatan yang kami tawarkan

Kami menyediakan khidmat rundingcara untuk para usahawan di luar sana yang ingin memajukan ekonomi diri sendiri, keluarga dan mengembangkan perusahaan masing-masing. Antara khidmat yang kami sediakan ialah:

  1. Rundingcara tentang masalah-masalah produk contohnya memanjangkan jangkahayat produk, warna produk tidak menarik, kordial atau minuman anda berserdak, dan lain-lain
  2. Rundingcara untuk menyediakan pelan kilang - dokumen yang diperlukan, bantuan modal dari agensi-agensi kerajaan, dan lain-lain. 
  3. Rundingcara untuk mendapatkan kelulusan SIRIM, Halal JAKIM dan MoSTI.
  4. Kami juga membekalkan bahan-bahan mentah dan pembungkusan seperti botol plastik, botol kaca, plastik HDPE dan lain-lain untuk produk anda pada harga yg berpatutan
  5. Kami juga menyediakan perkhidmatan membuat label dengan cara yang betul (Font, warna saiz, maklumat di atas label dan lain-lain)

Pakar kami

Pakar kami adalah seorang pegawai penyelidik pakar yang sudah berpengalaman luas dalam industri teknologi makanan, iaitu Puan Zainun Che Ahamad.



Beliau sudah berkhidmat selama 29 tahun sebagai Pegawai Penyelidik Pakar di MARDI dalam bidang Teknologi Makanan dan juga Pusat Promosi dan Pembangunan Teknologi. Anda boleh Google "Dodol 12-minit", antara  produk inovasi peneylidikan beliau yang terkenal!

Beliau telah banyak mengendalikan kursus-kursus kepada usahawan tentang penyediaan pelbagai  produk makanan dan minuman, melawat kilang usahawan serta membimbing usahawan-usahawan bimbingan Mardi yang berjaya untuk meningkatkan kualiti produk dan mengembangkan perusahaan mereka.

Pakej-pakej Rundingcara

Pakej A

Satu sesi selama 1.5 jam bersama pakar makanan kami
Harga: RM250

Pakej B

Satu/Dua sesi selama 3 jam secara total bersama pakar makanan kami 
Harga: RM400

Pakej C

Lima sesi berasingan selama 8 jam secara total bersama pakar makanan kami
Harga: RM 1000

Rundingcara akan diadakan di sekitar Kajang/ Bangi/ Seri Kembangan/ Seremban pada hujung minggu. Mahu berjumpa di luar kawasan ini, hubungi kami segera kerana kami sedia berbincang dengan anda! 

Tempahan/Pertanyaan

Untuk urusan tempahan sesi rundingcara atau sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi kami melalui:

a) Telefon/Mesej/Whatsapp:
  • Ammar 01127259489
  • Fatein 01127259489 (Whatsapp +353834190947)
  • Azim 0172889321
b) Emel
  • khaulahsalsabilaresources@gmail.com

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment